Monday, November 9, 2009

Sesekali Mandi Lumpur Demi Semangat Kerjiranan



Pagi tadi sempurna operasi kali pertama operasi cuci & kemas kendali rakit, setelah air banjir surut hampir ke tahap biasa. tapi, macam saban tahun, kerja ini mungkin berulang beberapa kali lagi. Sesungguhnya banyak manfaat pengajaran yang boleh dikutip dari tradisi tinggal dirumah rakit ini. Dan kemuncak semangat kejiranan ini pasti terserlah, setiap kali air bah menghadirkan diri di bandar Kota Bharu.

Berbanding dengan budaya mu-aku di apartment mewah & “boutique bunglow” dalam kejiranan eksklusif, di perkampungan rakit semangat ukhwah kejiranan amat jitu & menonjol sekali. Disini, budaya sombong diri & berdendam hampir tiada, sebab setiap kali wujud perselisihan usaha dilakukan bagi merapatkan ukhwah. Ini penting sebab, esok lusa tidak tahu rakit mana pula yang bermasalah, lantas memerlukan pertolongan dari jiran yang terdekat.

Disamping itu, budaya cermat & hemat dalam menggunakan sumber sedia ada amat ketara sekali. Biasanyaa pokok2 kayu sekitar tebing digunapakai sebagai sokongan tali sauh & tali penyambung rakit. Oleh itu, setiap cebisan tali, buluh & kayu biasanya disimpan ketepi dengan cermat sebab dalam keadaan yang mendesak ianya mungkin amat berguna.

Semangat tolong menolong & ringan tulang ini membuatkan kehidupan di rumah rakit yang serba kekurangan ini amat selesa & tenang sekali. Ianya makin ketara bila kenduri kendara bulan Ramadhan & majlis perkahwinan. Riuh rendah suara che mek & che abe yang bersatu hati membantu amat mesra sekali. Beza sekali dengan budaya catering di kawasan kejiranan lain.

Tanpa aircon , siling kapur & hiasan dalaman mewah rumah rakit masih mampu menyediakan kehidupan yang selesa sebab air paip masih diambil dari punca air kerajaan. Namun disebalik kekurangan itu, wujud tarikan semulajadi & ketenangan yang sukar dicari.

Mengikut fakta perlancongan, hanya di Kota Bharu sahaja terdapat perkampungan rumah rakit dalam bandar. Struktur bangunan yang mudah tapi selamat ini selalu menggamit para pelancong asing yang sudah lali dengan keistimewaan & kemewahan pada hutan konkrit. Mereka inginkan kelainan dari bangunan dinegara mereka yang jauh lebih canggih & indah dari negara kita.

Tapi, yang lebih penting hidup dirumah rakit ini memberi satu pengajaran yang sukar dicari dalam taman kejiranan lain. Ianya ialah sikap berhati-hati atas sebarang kemunginan serta kesanggupan untuk berubah dalam menghadapi ketentuan yang berubah saban tahun.

Natijahnya, sebagai seorang insan yang lemah, kita juga perlu sentiasa bersedia menghadapi ketidaktentuan dalam hidup, yang dipaksikan melalui sifat sabar & redha. Dan jika perlu, kita kena mengambil halatuju & mendokong prinsip kehidupan baru dalam mempastikan kelangsungan hidup kita dan orang2 yang tersayang. Jika tidak, bukan sahaja menyusahkan diri kita sendiri tapi juga orang-orang terdekat yang selalu mengambil berat terhadap kita.




Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, kekurangan yang sedia ada diganti dengan pemandangan alam yang menakjubkan. Hanya dirumah rakit dikau mampu melihat keindahan mentari terbit & terbenam saban hari. Semoga semangat kehidupan ini dapat dikau amalkan dalam kehidupan mu, walau dimana jua dikau menetap, sebab hakikatnya kakimu masih lagi berpijak dibumi Allah jua.

No comments:

Post a Comment