Monday, November 30, 2009

PENGORBANAN DAN TERKORBAN ???


Dua kalimah keramat yg telah lama dijadikan azimat hidup oleh setiap serikandi & perwira bangsa. Keduanya, mereka usap dengan bangga & redha, setiap kali mereka memberi tabik hormat kepada panji2 negara & lagu kebangsaan. Keduanya, mereka tatang sama berat & sabar bila setiap kali berhadapan sebarang kemungkinan di medan juang, demi mempertahankan maruah negara, agama & diri sendiri. Lantaran, gugurnya darah mereka ke bumi, meskipun tidak dijulang & dikenang, tetapi diharap menjadi pembakar semangat juang anak bangsa untuk bangkit menyokong panji2 juang.

Anehnya, kini terlalu ramai anak bangsa yang terkorban diluar medan juang. Mereka gugur bagaikan dedaun kering dimusim panas tanpa sebarang peluru menyentuh kulit. Mereka berkecai jantung hati tanpa sebarang peluru berpandu merobek dada. Mereka terkulai layu tanpa sempat sebarang senjata canggih dilepaskan. Mereka adalah anak bangsa, pemburu cinta suci, yang telah kecundang di medan percintaan sesama insan.Mangsanya tidak pernah mengenal batasan umur, latar belakang hidup, miskin kaya, sempurna anggota atau OKU, beza agama & warna kulit serta jarak lokasi. Hadirnya ia didada masing2, mewajarkan segala cara & kemungkinan.

Wujudnya, tanpa perlu diisytiharkan sebagai wilayah konflik. Ianya mungkin berlaku dimana sahaja & mampu menjadikan setiap orang sebagai mangsa yang terbaru. Ianya mampu menembusi tabir jilbab dan juga tembok batu. Ianya mampu menlenyapkan sebarang kenkangan budaya dan keterbatasan bahasa. Segalanya menjadi indah, santai dan mendamaikan.Tetapi, mereka lupa bahawa dalam mereka bersungguh2 memburu cinta suci, ketentuan sebenarnya tetap berada ditangan yang Empunya cinta suci itu sendiri. Dia ialah Pencipta yang mencipta dirinya sendiri, lantas lebih memahami siapakah insan terbaik buatnya.Lantaran itu, sewajarnya dituju pemburuan cinta suci itu, terlebih dahulu, kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selongkar dengan ikhlas & istiqamah gedung kasihNya. Pinta dengan redha & sabar sebaik2 petunjuk dari lubuk sayangNya. Serlahkan nilai cinta kasih dikau kepadaNya terlebih dahulu, sebelum insan ciptaannya yang lain membuat pernilaian ke atas cinta mu. Adalah lebih mahal nilai air mata, yang gugur membasahi pipi mu, tatkala dikau bertawakal & menggantung harap sepenuhnya kepada cinta kasihNya, berbanding sebaliknya. Semakin semarak & merebak cinta kasih mu kepadaNya, semakin kuat lagi kasih sayangNya kepada dikau. Justeru, natijah dari kemuliaan & keikhlasan hati mu itu, tidak mustahil dikau akan diberi ganjaran dalam bentuk sekeping hati tulus ikhlas.

Hati yang menatang cinta murni bersalutkan sekujur tubuh, seorang insan ciptaan terbaikNya. Dia adalah pembawa cinta kasih dari langit, milik Pencipta mu yang Maha Agung. Dia adalah pasangan hidup mu, di dunia & juga di akhirat. Redhalah dengan anugerahNya itu dan sekatlah tangisan syukur mu kerana Dia telah pun menebarkan sayap rahmatNya kedalam kehidupan mu, tanpa dikau perlu terkorban & mengorbankan maruah, perasaan & kesuciaan mu.

Wassalam,
Din Kelate

No comments:

Post a Comment