Monday, November 23, 2009

Auto-pilot Percintaan Berasaskan Iman, Taqwa & Sabar.




Auto-pilot.


Gambaran sebuah sistem canggih yg m’bangun industri p’nerbangan. Ianya disokong oleh pelbagai intsrumen. P’cintaan jg ada m’guna konsep auto-pilot. Ada 2 sistem pilihan yg ditawarkn. Pertama, b’asaskan instrumen Nafsu, Emosi & Akal yg m’jadikn cinta itu buta & yg dicintainya bagaikn nyawa hidupnya.. Manakala yg Kedua, b’asaskan instrumen Iman, Taqwa & Sabar. Tatkala benih cinta zahir dikalbu, sewajarnya iaditentusahkn m’lalui Solat Istiqarah & Solat Hajat secara istiqamah saban hari hgg jelas jawapan yg diterima.

Sedarilah, Allah Yang Maha Pengasihani yang telah m’letak benih cinta itu ke hati ku.Justeru itu, usah didahului solat2 itu dgn sebarang prasangka dan pilihan awal. Biarkan Dia yg m’beri jawapan pilihan yg t’baik buat mu. Bukannya siapa yg dikau kehendaki, impikan atau harapkan. Usah diterima pilihan yg bermain-main dibenak fikiran mu, dek gelodak logik akal. Usah terpengaruh dgn cadangan & usulan saudara & kenalan. Biarkan Allah yang Empunya cinta sejati, jua yg m’hadiah & m’beri jawapan yg t’baik kpd mu.

Redha lah dengan jawapan yg muncul tatkala dikau lena dibuai mimpi...yang berlegar tatkala dikau leka membaca al-Quran...yang menggamit tatkala dikau hanyut dibuai Zikrullah...yang terasa dekat tatkala dikau Sujud memohon kekuatan & petunjuk daripadaNya.

Sambutlah namanya dengan tangisan Syukur, sebab ternyata dia adalah sebaik2 pilihan buat mu. Sesungguhnya, nama itu mungkin bukan pilihan utama mu, tapi ianya telah dipahat di Hatimu bersertakan kalimah Kun-Fayakun. Jika dikira logik akal, mungkin dikau tiada kekuatan menerima cintanya mahupun untuk menutur bait “I love you” kepadanya. Tetapi pada masa yang sama, dikau juga tak mampu menafikan lafaz2 cinta yg sedang membuak dikerongkong mu.

Sewajarnya dikau menangisi nama itu, atas kesedaran ianya pilihan terbaik dari Allah. Lantaran, hadirnya benih cinta dikalbu mu itu, perlu dikau tampu & tatang dengan Sabar & Hikmah. Dikau perlu siraminya dengan Tawakal & Tawaduk agar ia mampu berputikkan Kasih Sayang sejati. Dikau perlu rasai deraian air mata & peluh dingin, besarnya Amanah & Tanggungjawab yg perlu diberi bg m’perkasakan kasih sayang itu.

Auto-pilot kali ini mampu m’bawa dimana jua dikau inginkan, bukan sahaja merentasi bahagia hidup didunia tapi jg kekal abadi diakhirat kelak. Pilihan auto-pilot ini akan membuat Allah melebarkan sayap rahmatNya serta mempermudahkan segala urusan mu.

Sebaliknya, jika dikau membuat pilihan itu berpaksikan nafsu, emosi dan akal, tunggulah tikanya dikau pasti menangisi nama itu diatas mahligai cinta yang akan berkecai.

No comments:

Post a Comment