Salam sejahtera & kerinduan buat warga FaceBook,
Sepanjang hayat kita, kita dikelilingi dengan pelbagai jenis & bilangan rakan kenalan. Bermula dari mungkin saudara sepenyusuan, kawan sekolah, rakan sekuliah, kawan sepermainan, teman seperjuangan, rakan seperniagaan, kenalan maya hinggalah teman sekuburan. Bagi m'gambarkn k'akraban, kita jg sering m'masukkan istilah karib dlm m'perkenalkn beliau.
Kita juga sering m'anggap mrk lebih baik dari saudara kandung kita sendiri. Tempat kita m'curah perasaan, b'gembira santai, b'borak kosong, relak dan lain2 aktiviti b'kumpulan.
Namun, kerap t'jadi kita sering m'mandang enteng setiap p'sahabatan yg t'jalin. Ianya jelas ketara, jika b'laku gangguan dalam p'sahabatan yg tlh lama t'jalin hingga m'wujudkn t'urainya ikatan setiakawan yg tlh lama akrab, bahkn mungkin merebak ke peringkat p'musuhan.
Pokok p'soalannya dilema ini b'laku sbb kita kurang yakin setiap babak k'hidupan kita & sesuatu yg b'laku di maya pada ini tlh diskripkn & dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui.
Bila kita tlh smakin dewasa & b'ilmu, kita ingatkn setiap kwn yg muncul dlm hidup ditetapkn & dipilih oleh kita sendiri. Contoh yg paling ketara ialah senario p'sahabatan alam maya spt di FaceBook & Tagged.
T'amat jarang kita t'lintas dlm benak fikiran & hati kita bahawa seseorg itu mmg tlh ditakdirkn muncul dlm k'hidupan kita atas sesuatu sbb musabab yg Allah jua lebih m'getahui. K'gagalan m'cungkil hikmah dari sesuatu p'kenalan & p'sahabatan yg t'jalin m'rupakn k'silapann yg m'wujudkn rasa sombong & riak dlm p'sahabatan.
Sebaliknya kita kerap m'letak label t'tentu seperti pertemuan yg tak diduga ("chance meeting"), daya tarikan semulajadi ("law of attraction") dan sebagainya bg m'beri justifikasi rasional apa yg b'laku, tanpa sedikit pun rasa hormat kpd bidang kuasa yg dimiliki olah Allah.
Jika jumlah butiran pasir dipantai seluruh dunia ini serta bilangan dan kedudukan setiap titik embun, setiap pagi disegenap lokasi di seluruh dunia, dalam pengetahuan Allah yg Maha Besar. Tidakkah dia lebih m'getahui siapakah sahabat mu yg t'baik, dari kalangan rakan taulanmu yg beribu itu? Tidakkah mungkin Dia m'htr hambanya yg lain, bg m'bantu dirimu kembali kpd landasan yg benar, setlh kamu lama dlm k'gelapan?
Mmg manusia yg b'ilmu kini semakin berani cuba m'hadkn & m'yempitkn bidang kuasa Allah. Bahkn, ada segelintir m'ambil p'dekatan k'wujudannya tanpa m'nerima kesan dari kebesaran rancangan Allah. Sesetengah pula m'punyai tanggapan masih ada lg perkara yg Allah tidak tahu atau belum tahu. Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan ini.
Tidak akan b'laku sesuatu jika Allah tidak m'izinkan & tidak kehendaki. Apa sahaja yg b'laku tidak t'keluar dari rencana, rancangan & jadual strategi Allah. Lupakah kalian, Dia adalah pentadbir sekalian alam.
Gugurnya sehelai daun kering dari puncak pokok di tengah hutan belantara, Allah Mengetahui. M'netasnya seekor anak cacing dlm lapisan bumi, Allah Mengetahui. B'tunasnya setiap biji benih padi ditengah sawah, seluas mata memandang, Allah Mengetahui. Matinya seekor anak ikan dalam kegelapan & kedinginan malam dek hujan yg m'curah lebat, Allah Mengetahui. B'senyawanya dua sperma lelaki & perempuan, didalam perut si Ibu, Allah Mengetahui.
Sebutir pasir yg t'pilih masuk didalam tiram, didasar lautan dalam yg gelap pekat hingga b'tukar peringkat demi peringkat m'jadi mutiara yg b'kilauan, Allah Mengetahui. Bahkan, bukan sekadar Mengetahui semata2, tapi Allah juga yg b'kehendakkan dan m'izinkan p'ubahan kepada mutiara itu t'jadi. Maha hebat dan dahsyatnya kuasa Allah.
Inikan pula bibit2 p'kenalan & p'sahabatan yg t'jalin diantara dua makhluknya, yg pd dirinya disediakn bekalan iman & taqwa, tidakkah Allah Maha Mengetahui juga?
Malangnya, manusia selalu leka & buat2 tak faham. Macamlah kehidupan kita ini, t'masik p'sahabatan yg t'jalin, tidak ada kaitan secara langsung dgn Allah. Dia ingatkn dia sahaja yg m'punyai kuasa mutlak m'nentu siapa & tahap mana sesorg insan itu m'jadi sahabatnya. Macam dlm FaceBook, seseorg itu ada kuasa mutlak dalam m'nerima & m'mutus p'sahabatan yg tlh t'jalin.
Sesuatu perkara bila secara sedar dikaitkn dgn Allah, ia m'jadi besar dan m'dpt pahala. Sedangkan sesuatu perkara atau peristiwa, walaupun besar atau hebat, tapi tidak dikaitkn dgn Allah, ianya tidak sahaja m'dptkn pahala, bahkn silap p'hintungan m'jadi bala.
Sedarlah setiap bibit p'kenalan & p'sahabatan yg t'jalin tidak b'laku dgn sia2 atau sekadar k'betulan semata2. Allah tidak m'rangka & m'laksana sesuatu dgn sia2. Saat,detik, lokasi, tatacara & halatuju sesuatu p'kenalan itu mula semuanya dlm ilmu Allah. Apa sahaja yg b'laku dlm kehidupan kita, t'masuk juga dgn p'sahabatan, ada tujuan dan hikmahnya yg t'sendiri.
Memang m'jadi p'rancangan Allah, sesuatu perkara yg b'laku akan m'bawa kpd perkara yg lain. Ia, seterusnya akan m'cetus kesan b'rangkai yg lain serta m'beri implikasi kpd setiap pihak lain yg t'libat dlm ruang lingkup p'sahabatan itu. Ianya sambung m'yambung, kait-berkait dan b'mata rantai dgn perihal & perkara lain, tanpa kita duga. Begitulah yg t'jadi dgn sesuatu p'temuan, yg kita anggap sebagai kebetulan itu b'kembang m'jadi p'sahabatan yg akrab.
Ramai dari kita b'kata & selalu m'harap Allah b'sikap adil dgn kita tapi adakah kita b'sikap adil dgn k'tentuan & anugerah yg Allah berikan kpd kita? Sedarkah kita, bahawa apa sahaja yg ditakdirkn ke atas kita adalah baik, bahkan ianya adalah yg t'baik dari segala yg baik.
Meskipun dimata kita ianya tidak sempurna, disamping b'sifat sebagai anugerah, ianya sebaik-baik ujian k'setiaan & t'taqwaan kita kpd Allah. Sanggupkah kita b'hadapan dgn ujian yg lebih besar & m'cabar? Allah tidak pernah m'bebankn hambanya dgn sesuatu ujian yg diluar k'mampuannya.
Begitulah gambaran, bagaimana Allah itu Maha Adil dan sentiasa b'sikap adil dan baik dgn hamba2nya. Dah tiba masanya kita peka, faham & terima dgn redha sikap adil & baikNya ini dalam m'nilai p'sahabatan sesama kita.
Allah sentiasa b'sikap baik & m'yayangi kita, sekalipun secara lahiriah ada kalanya takdir yg ditetap & ditentukan dalam p'sahabatan kita ini seolah2 tidak baik atau semesra yg kita harapkan.
Sewajarnya kita b'usaha b'sungguh utk m'cungkil & m'ambil hikmah yg t'sembunyi dlm setiap p'sahabatan yg tlh t'jalin. Samada p'sahabatan yg b'laku mampu m'lonjok darjat k'imanan & k'taqwaan kita atau m'bawa kita lebih m'hampiri Neraka Allah.
Sesungguhnya, pada setiap saat p'temuan, p'kenalan & ikatan p'sahabatan yg dijalin, bahkan p'pisahan antara dua sahabat, m'punyai tanda, isyarat, p'khabaran & p'gajaran yg dpt kita cungkil & pelajari, seandainya kita mahu. Tanpa usaha ini, ianya akan b'lalu tanpa m'beri manfaat kpd kita sekadar teman utk b'bual & ketawa mesra.
Sekurang-kurangnya, dlm setiap p'sahabatan yg t'jalin kita perlu b'tanya beberapa p'soalan :
Atas k'perluan apakah p'sahabatan ini perlu t'jalin?
Apakah kaitan p'sahabatan ini dgn perkara2 lain yg tlh b'laku dlm hidup ku?
Apakah yg akan t'jadi seterusnya jk p'sahabatan ini diteruskn dan kesannya jk p'sahabatan ini ditamatkn?
Apakah bentuk kesan yg akan diterima dari tindakan ku tadi?
Siapakah yg lebih untung atau rugi dari tindakan ku nanti?
Selepas b'laku tindakan ku tadi, akan adakah p'ubahan ketara ke atas diri ku?
Apakah kesan dari segala p'ubahan2 ini?
Adakah p'ubahan itu mampu m'buat diri ku lebih b'taqwa atau sebaliknya?
Apakah p'temuan & p'sahabatan ini, sekadar k'jadian b'asingan atau b'sabit dgn k'jadian2 & peristiwa2 lain dlm hidup ku?
Adakah kesan dari p'sahabatan ini, ganjaran baik atas apa yg tlh aku lakukan selama ini?
Atau adakah p'sahabatan ini, kesan dari balasan buruk atas apa yg tlh b' lakukan sepjg hidup ku?
Adakah p'sahabatan ini suatu ujian, bala atau anugerah?
Apakah sepatutnya p'ubahan sikap diriku kesan dari p'sahabatan ini?
Apakah k'hadirannya mampu m'gurang atau m'hapus masalah k'hidupan yg sdg m'belenggu hidup ku atau adakah hadirnya akan lebih m'bebankan k'hidupan ku?
Apakah k'hadirannya mampu m'beri k'lebihan & semangat dlm k'hidupan ku?
Adakah p'sahabatan ini b'skala jangka pendek atau mampu dibawa ke tahap yg lebih tinggi?
Apakah sebenarnya kehendak Allah dari p'sahabatan yg t'jalin ini?
Apakah rancangan Allah Yang Maha Berkuasa?
Apakah pengajaran yg mahu disampaikan oleh Allah?
Memang kita tidak akan mampu m'jawab kesemua soalan di atas. Orang yg kuat akal, mungkin akan dpt m'jawab sebahagian drpnya. Manakala, org yg terang mata hatinya, yakni mata bashiroh, mungkin akan dpt m'jawab kesemua p'soalan di atas.
Orang yg dianugerahkn k'upayaan Firasat dan pandang tembus, sewajarnya akan lebih faham tentang apa yg t'sirat & t'surat dari sesuatu p'sahabatan itu. Sementara, orang yg Kasyaf pula mungkin sudah tahu lebih awal lg tentang perkara ini, t'masuk detik & bagaimana p'kenalan itu b'laku, serta tahu segala hikmah & rahsiaNya yg t'selindung dari p'temuan yg tak diduga itu.
Walau apa jua k'mampuan kita dlm m'nilai sesuatu p'sahabatan itu, kita perlu b'usaha m'cungkil hikmah dari p'sahabatan itu. Segala sesuatu yg b'laku itu b'punca dari Allah dan Dialah yg m'cetuskannya, maka kalau kita cungkil hikmah yg t'simpan kemas, maka ianya akan m'bawa kita kembali kpd Allah.
Kita akan m'lihat bagaimana peranan dan "tangan" Allah dalam m'yusunatur & m'bentuk k'hidupan kita, t'masuk p'sahabatan ini.
Kita akan lebih m'mahami iradah & kehendak Allah.
Kita akan lebih tahu cara & kenapa Allah m'mbuat sesuatu k'tentuan yg m'ubah sesuatu p'sahabatan itu.
Kita akan lebih faham kewajaran tindakan Allah itu.
Dgn izinNya, kita juga mampu m'baca strategi & jadual p'rancangan Allah yg akan m'nentukan siapakah sahabat kita seterusnya.
Akhirnya, kita akan tahu, secara hakiki, ke arah manakah dorongan halatuju sesuatu p'sahabatan itu.
Bila kita faham semua ini, barulah p'sahabatan itu m'punyai makna & b'nilai dlm hidup kita. Nikmat & ganjaran dari hubungan p'sahabatan itu m'jadi kecil. Ujian b'rupa p'selisihan faham, sengketa & halangan m'jadi kecil. K'susahan yg mampu m'gugat p'sahabatan ini m'jadi kecil. Musuh yg ingin m'rosakkn ikatan p'sahabatan ini m'jadi kecil. Segala-galanya m'jadi kecil.
Yang besar, indah, adil & baik hanyalah Allah jua. Barulah kita yakin & rasa, Allah yg m'jadi p'yebab persabahatan itu b'laku serta m'wajar tindakan & p'ubahan dalam k'tentuan hidup kita, kesan dari p'sahabatan yg t'jalin itu. Pendekata, Allah yg m'yebabkan perkara itu berlaku. Amat beza rupanya jk dulu, emosi & akal kita sahaja yg m'nentu & m'nilai sesuatu p'sahabatan.
Justeru itu, kita akan m'jadi lebih tenang dalam m'hadapi sesuatu p'sahabatan itu, t'utamanya yg m'punyai halatuju yg kita tak sangka atau di luar norma k'hidupan biasa kita. Kita tidak takut. Kita tidak gentar. Kita tidak risau. Kita tidak gelabah, Kita tidak bimbang.
Lantaran hakikat, semuanya, t'masuk p'sahabatan kita, adalah dalam genggaman dan kawalan Allah jua. Bahkan, disaat b'lakunya juga p'pisahan pun, kita lebih b'sedia & pasrah dgn k'tetapan yg b'laku.
Mudah sahaja kita m'nerima & m'nilai sesuatu p'sahabatan itu. P'sahabatan yg t'baik, swajarnya mampu dizahirkan bukan sahaja didunia ini, contohnya setakat jinjang pelamin sahaja tapi mampu sampai destinasi musafir hakiki, yakni p'sahabatan b'kekalan di Syurga.
Sesungguhnya, hikmah yg telah dibongkar itu nanti, akan m'yebabkn kita lebih mudah sabar, mudah redha, mudah b'taqwa & mudah kembali ke dakapan Allah yang Maha Pengasihani lagi Maha Penyayang.
Amin & Wassalam,
Din Kelate.