
Pada masa yang sa,ma, jika jemputan dinner berdua di KFC atau MacD sukar memungkinkan sebarang kemungkinan. Sedangkan jemputan makan malam berdua (“candle light dinner for two”) dipuncak KL Tower, memungkinkan hanya satu kemungkinan sahaja.
Dalam kehidupan kita telah dibiasakan menerima pemberian atas sesuatu usaha yang dilakukan. Bermula sedari kita kecil, remaja, dewasa hingga berumahtangga ia sebenarnya tidak pernah putus, walaupun mungkin dalam bentuk yang berlainan. Pada masa yang sama, kita juga sebenarnya, ingin diberi peluang memberi sesuatu pemberian kepada orang yang tersayang.
Tetapi, bagaimanakah kita menghayati setiap pemberian itu?
Bagi sekadar sekotak cokelat Ferrero Rocher tu mungkin tak lama kut. Begitu juga, penghayatan yang istimewa itu mungkin hanya bertahan selama jambakan Mawar itu belum layu. Balik dari makan malam, bila bangun pagi mungkin kesannya masih ada. Tapi, adakah cukup dengan penghayatan dimata sahaja?
Hidup ini memerlukan tindak balas bagi menghasilkan kesan dan impak yang kita perlukan. Tapi, sanggupkah kita menerima hakikat bahawa tindak balas tertentu itu diperlukan dari kita, berbanding sekadar dambaan dalam fikiran?
Nilai penghayatan sesuatu pemberian itu berubah mengikut siapa yang memberinya. Sebuah jam tangan dari bapa kepada anaknya yang cemerlang dalam SPM, tidak sama nilainya jika diberi oleh di gadis istimewa, bagi meraikan kejayaan yang sama. Nilai sekalung loket emas bertatahkan berlian, oleh si ibu mungkin dianggap sekadar pusaka lama berbanding dengan nilai loket Zhulian oleh jejaka idaman hati, yang sanggup disimpan hingga ke mati.
Sesetengah pemberian atau anugerah itu sarat dengan penghormatan, sebab biasanya ia juga terikat sama beban amanah tanggung jawab. Perlantikan ketua bilik darjah tidak membawa nilai penghormatan yang sama dengan perlantikan Ketua Pengawas Sekolah.
Penerima Anugerah Kakitangan Cemerlang tahunan dan penerima Pingat Gagah Bakti, tidak sama dengan penerima anugerah pingat kebesaran oleh Sultan atau Yang Dipertua Agong. Ini disebabkan mereka yang menerima pingat kebesaran perlu memakai pingat itu & mengguna gelaran itu, dalam setiap urusan rasmi serta mempamerkan tahap tingkah laku yang lebih tinggi.
Lihat, semakin tinggi dan penting pemberi anugerah atau pemberian itu, semakin tinggi nilai penghayatan & penghormatan yang kita terima. Itulah sebabnya ada manusia yang leka dalam mencari kebesaran duniawi.
Tapi, anehnya bagaimana kita menghayati anugerah dai Pencipta kita?
Betul, nilai pahala mu yang terkumpul tak dapat disemak berbanding mengesah baki kredit *126# atau menyemak baki akaun mu melalui CIMB Clicks. Tapi, ianya tidak bermakna kita berusaha yang terbaik menhayati anugerah yang Allah berikan.
Cuba toleh kebelakang kepada Ramdhan yang baru meninggalkan kita.
Adakah ianya sama dengan Ramadhan2 lain yang telah berlalu sepi sepanjang hayat mu?
Adakah dikau diantara pemburu Lailatul-Qadr yang tersenarai menerima jemputan dari Allah saban tahun bagi memuliakan bulan yang baraqah itu, atau cam biasa dikau lebih bersiap siaga untuk merebut “cheap sale” di Sogo?
Cuba lihat kepada al-Quran yang tersimpan kemas dialmari mu.
Bilakah kali terakhir dikau membaca & mengamalkan intisari ayat2 itu berbanding dengan pelbagai novel cinta, scifi, thriller atau seram serta karya-karya agung dunia yang dikau sering ungkap kata-kata hikmahnya?
Cuba jawab dengan ikhlas, disaat manakah dikau paling merasai ketenangan?
Adakah tatkala dirimu hanyut melayang semasa sesi Yoga harian atau tatkala dikau sujud ke bumi bersolat dihadapan Pencipta mu dimalam yang hening?
Cuba ingat semula pada pelbagai lokasi percutian mu?
Adakah mana-mana lokasi yang memberi diri mu menperolehi ketenangan sebenar, yakni yang mampu mendekatkan kamu diri mu dengan Pencipta mu? Bahkan, dalam banyak2 lokasi percutian mu pernah kah kamu ke Mekah? Jika sekadar tujuan bercuti ke sana dan tidak sebagai menyempurna Rukun Islam yang ke 4, usahlah dikau membuang duit mu, sebaliknya jika dikau berhasrat menjadi tetamu Allah dipersilakan.
Hanya sebab dikau memberi jawapan yang negatif bagi setiap persoalan diatas tak semestinya dikau anggap ini sebagai menilai atau menghukum mu secara tidak adil. Lantaran, sebab dengan izin Allah juga dikau membaca bait-bait nota ini. Jadi, dengan izin Dia juga membuka peluang untuk dikau berubah mengikut kemampuan mu sendiri.
Usah terguris dengan teguran ini sebab menjadi tanggungjawab sesama sahabat memberi peringatan. Mungkin dilain waktu, giliran kami pula menerima teguran ikhlas mu. Nasihat Misbun kepada anak2 buah nya boleh kita jadikan panduan “Jika tak mau kena smash, jangan angkat bola tanggung !“.
Menjadi hak dan bidang kuasa Allah untuk memberi sesuatu anugerah itu semada melalui perantara atau secara terus. Ada insan perlu menghabiskan 6-8 tahun sebelum mampu menjadi doktor pakar tapi ada juga insan terpilih yang mendapat kemahiran perubatan dalam tempoh tak sampai 1 bulan.
Begitu juga seorang pelajar perbidanan lulusan MasterSkill mungkin tak sama tahap kecekapan dengan seorang meneriima pusaka perbidanan dari keturunan keluarganya. Semuanya ini mungkin jika Allah berfriman “....Kun Fa Ya Kun“.
Jika Allah ingin & mengizinkan, bukan sekadar dikau makan malam berdua sahaja di KL Tower, tapi satu tingkat direstoran tu hanya untuk dikau berdua sahaja. Kenapa rasa mustahil, tidak kah yang memungkinkan kemungkinan itu Allah jua.
Namun seperti anugerah sesama manusia juga, anugerah dari Allah menuntut amanah & tanggung jawab. Seorang yang mendapat anugerah ilmu firasat, yang mampu melihat beberapa hari ke hadapan, tidak manis jika mempermainkan kawannya yang tidak tau apa2.
No comments:
Post a Comment